Bismillahir Rahmanir Rahim..ayat pemula yang paling tepat..setelah sekian lama tak menjenguk ke mari. Sebenarnya aku dah kurang minat untuk terus bercerita di sini. Mungkin di sebabkan faktor masa, kerjaya, keluarga..entahlah. Banyak perkara yang aku ingin coretkan..hal-hal yang aku lalui, hal-hal yang aku rasakan dapat menberi pengajaran dan perkongsian ilmu untuk diri aku dan kalian semua.

Saat aku bercerita ini..bukanlah aku sedang dalam ‘mood’ yang baik untuk bercerita. Aku sedang dalam resah, fikiran dan emosi aku juga sedang gelisah. Aku ingin meluahkan..tetapi aku bukannya suka untuk memberitahu khalayak akan perasaan aku terhadap seseorang, lebih-lebih lagi perasaan yang bersifat negatif. Aku bukannya suka meluahkan perasaan secara ‘online’ yang hanya memberikan kita kepuasan sementara, tetapi ketenangan sebenar masih tidak dapat kita kecapi..dan lebih teruk, kelakuan kita itu mungkin juga memburukkan lagi keadaan.

Biarlah cerita aku lebih tertumpu… lebih kepada perkara pokok dari perkara sampingan.

Mari kita bicara tentang keadilan dan kesaksamaan. Keadilan dari sudut ‘sama’ yang mana tidak membezakan taraf kemanusiaan seseorang dengan yang lain. Dalam konteks ini..aku maksudkan persamaan hak. Kemanusiaan seseorang tidak harus di bezakan melalui kedudukan pangkat, kekayaan, kaum, bangsa, keturunan, keilmuan dan sebagainya. Ianya perlu dilihat setara kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Keadilan dari sudut ‘seimbang’ dimana jika sesuatu keadilan yang diwujudkan secara berlebih atau berkurang dari kadar sepatutnya, maka tidak wujud  keseimbangan. Begitu juga keadilan ‘adil’ dari sudut hak-hak individu dan memberikan hak-hak itu kepada pemiliknya. Jika kita membenarkan sesuatu di sini..mengapa pula tidak di sana?

Keadilan selalu dikaitkan dengan hal-hal sosial dan perhubungan sesama manusia. Keadilan sebenarnya berlaku dalam setiap perkara. Contohnya keadilan dari sudut penyediaan keselesaan individu dan keselamatannya lebih-lebih lagi kepada individu yang tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri seperti anak-anak kecil. Dan seeloknyalah kita menyediakan keselesaan dan keselamatan semampunya dengan apa yang kita ada di tangan daripada mengambil kesempatan dari hak orang lain yang mungkin akan mewujudkan keadaan tidak senang pada masa hadapan.

Begitu juga keadilan terhadap setiap anggota keluarga kita yang akrab..dari sudut percakapan, had-had sekatan, ‘privacy’ dan sebagainya. Adakah kita berlaku adil terhadap keluarga kita dengan cara kita menceritakan hal-hal buruk yang tidak boleh dibuktikan secara zahir kepada individu lain? Adakah kita berlaku adil kepada individu tersebut tanpa dia dapat mempertahankan dirinya sendiri..Adakah menjadi hak kita untuk menceritakan aib orang (lebih-lebih lagi anggota keluarga) walaupun ianya perkara benar kepada individu lain?..sedangkan agama kita melarang melakukannya hatta berkenaan perkara yang baik? (yang boleh menimbulkan riak dan hasad). Adakah kita akan bergembira dengan wujudnya perasaan hasad, degki, syak wasangka di antara ahli keluarga kita sendiri?

Apa pula maklum balas kita apabila kita mendengar keluhan dan luahan tentang seseorang? Adakah kita berfikiran matang dan bertindak mewujudkan keadilan? Atau kita lebih suka berpihak dan membantu menghancurkan sesuatu perhubungan. Dalam banyak perkara, kita harus teliti dalam membuat keputusan. Kita patut menjangkakan dahulu kesan melakukan sesuatu perkara.  Kesannya boleh jadi sekejap, boleh jadi berjangka panjang..boleh jadi juga sepanjang hayat. Berhati-hatilah..lebih-lebih lagi bagi kita yang sudah berkeluarga ini..banyak hati yang harus kita jaga..janganlah manis muka dan mulut di hadapan sahaja.

Aku hanya berusaha mewujudkan keadilan. Mungkin apa yang aku coretkan belum tentu benar bagi individu lain..masing-masing mempunyai penerimaan berlainan. Harapannya semoga diri aku dan kalian juga boleh belajar sesuatu di sini..

 

 

 

 

Kejohanan bola sepak piala dunia tahun ni tak sehangat yang aku rasakan sewaktu aku masih menuntut dulu. Bukannya kejohanan itu sendiri yang lesu, tetapi hanya aku yang kurang menjiwai kehangatan perlawanan-perlawanana bola sepak yang berlangsung. Dulu-dulu memang seronok betul, ramai kawan yang ‘kaki bola’..memang hari-hari mengadap televisyen sampai lewat pagi. Tambahan pula Astro kat rumah pun tak ada siaran sukan..partner kat rumah tu pun kurang minat dengan bola sepak.

Walaupun aku bukan seorang ‘kaki bola’ sejati, aku tetap minat dengan sukan bola sepak. Kalau ada peluang menonton perlawanan di stadium, memang aku tak lepaskan. Pernah sekali menonton perlawanan pasukan negara di Stadium Kelana Jaya, bawa isteri yang ketika itu sedang mengandungkan Muaz..terpaksalah dia pakai baju jersi Malaysia..walaupun tak berapa muat..kenangan dulu-dulu.

Jumaat lepas, selepas selesai Solat Jumaat..sambil-sambil merehatkan diri di sudut belakang Masjid Penjara Pudu, ada hamba Allah dari Hizbut Tahrir Malaysia mengedar risalah bertajuk ‘Sihir Piala Dunia 2010′. Alhamdulillah, masih ada insan-insan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk Agama Allah. Aku memuji usaha murni mereka..walaupun ada juga kedengaran suara-suara yang mencemuh pandangan yang mereka rasakan jumud dan ketinggalan zaman. Orang-orang sebegini patut ditanya tentang apa yang telah mereka sumbangkan untuk Agama Allah?

Kempen Piala Dunia kali ini juga telah menimbulkan kekecohan dikalangan rakyat Malaysia berkenaan pemberian lesen pertaruhan sukan oleh kerajaan kepada Ascot Sports. Alasan yang diberikan adalah untuk membendung pertaruhan-pertaruhan sukan yang tidak berlesen. Alasan mudah yang hanya mahu menghalalkan cara! Tidakkah terfikir oleh para pemimpin negara, pemberian lesen judi ini hanya akan menyuburkan lagi aktiviti-aktiviti perjudian yang jelas memberi banyak masalah dan ditolak oleh segenap lapisan masyarakat malah ditegah oleh semua agama! Paling menyedihkan apabila lesen ini diberikan oleh seorang pemimpin yang beragama Islam! Ramai juga pak turut yang mengiakan tindakan ketua mereka itu dengan memberikan alasan-alasan yang mengampu! Dan yang paling memalukan, ramai pemimpin-pemimpin (malah dari pihak kerajaan) yang bukan beragama Islam menuntut agar pemberian lesen judi itu ditarik balik! 

Suka juga aku mengimbas kembali saat berkunjungan ke Bukit Genting kira-kira sebulan yang lalu. Tujuan ke sana adalah untuk menghirup udara bukit sambil menikmati cuaca sejuk nyaman, memandangkan di situlah kawasan tanah tinggi yang paling dekat dengan KL, maka kami sekeluarga ke sana.

Sambil aku dan isteri melayan kerenah anak-anak, ada seorang amoi yang duduk keseorangan berhampiran kami meminta bantuan kerana dia pitam dan nak pengsan. Berpeluh-peluh dan sangat lemah. Orangnya masih muda..aku kira-kira masih belasan tahun dan masih bersekolah. Dia beritahu, dia tak makan sebab tak ada duit. Bila ditanya tentang ibu bapanya, dia menyatakan bahawa mereka di kasino sedang berjudi! Nah..inilah dia penangan judi!

Ada cadangan oleh Hishamuddin Rais. Jika Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, Bukit Genting harus di ambil semula dan ditukar menjadi pusat rawatan kesihatan dan pusat rehabilitasi..bernas!

Fuh..waktu dah lewat. Isteri dan anak-anak dah lama dibuai mimpi. Masing-masing memang jenis tidur awal. Mata aku pun dah kuyu ni..tapi ada keperluan yang perlu diselesaikan..bersiap siaga untuk bengkel esok. Lap-lap lensa, tiup-tiup habuk, cas bateri, transfer gambar.

Ini kali kedua mendapat peluang sebegini. Kali pertama..ketika pesta belon panas di Putrajaya Februari lepas. Gian pulak rasa..hehe. Banyak ilmu dan pengalaman yang boleh ditimba..menambah kenalan..bertukar-tukar fikiran..belajar dari otai-otai. Sony selalu buat bengkel-bengkel percuma untuk pengguna-pengguna alpha..tinggal lagi ada kelapangan waktu atau tak.

Sesi esok bermula jam 10 pagi..dijangka akan mengambil masa kira 6-7 jam untuk tamat. Tema- Photo Essay Shootout..aku agak-agak la, mungkin penganjur akan bawa kami ke sekitar Dataran Merdeka untuk shoot Warna-Warni Malaysia.  Di akhir bengkel, setiap peserta akan diminta untuk menghantar beberapa keping gambar untuk dinilai dan di beri komen..hadiah juga disediakan untuk peserta-peserta yang berbakat.

Lusa juga akan sibuk dengan bengkel..tapi yang ini berbayar..rm49. Bengkel penggunaan flash..di tempat yang sama juga, di Hotel Grand Continental. Harap-harap berbaloi la pelaburan kali ni..insyallah.

Maaf  ye sayang..hujung minggu ni abang sibuk sikit. Sabtu malam..ahad pagi kita bawa anak-anak jalan-jalan eh.

Sony Workshop Schedule

Koleksi gambar sekitar workshop

Aku tengah sibuk sikit dengan satu projek kecil-kecilan. Memang dah lama berangan-angan. Alhamdulillah..dah dapat klien..deposit pun dia dah bayar. Buat persiapan..buktikan kehebatan anda! haha..akan di war-warkan kemudian.

Memori-memori bersamamu kembali menggamit perasaan.

Masih terpahat diingatan..saat-saat suka duka kita bersama.

Saat kau tersenyum tawa.

Saat kau berduka lara.

Seperti baru semalam kita bersua.

Ku kucup tanganmu..ku kucup dahimu..

Ya Allah..aku rindu.

Belum puas aku merasa belaianmu.

Aku ingin kembali dibelai seperti dulu..seperti waktu kecilku.

Kau pergi sebelum sempat aku membalas segala jasa bakti.

Penat jerih kau membesarkan aku.

Ya Allah..aku rindu abah.

Rindu menatap wajahmu..

Rindu senda guraumu..

Rindu segala-galanya tentang kamu.

Sejahterakanlah rohnya di sana ya Rahman.

Ampunilah segala dosa-dosanya ya Ghaffur.

Satukanlah kami semula disuatu masa nanti ya Rahim.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fua’nhu…

Daud Yunos
20.11.46 – 12.03.08
Al-fatihah

Pencarian bermula hujung tahun lepas. Merata tempat kami pergi. Sekitar Kajang, 3-4 pembangunan sekitar Bangi, De Alpiana di Puchong, turun ke Bandar Tasik Kesuma di Semenyih, ke daerah selatan di Bandar Bukit Mahkota, ke Subang, ke Bukit Subang, Subang Bestari, Bukit Jelutong, ke sekitar Uitm kampus Puncak Perdana..Nusajaya, NusaRhu,  Alam Budiman, Saujana Utama Sg. Buloh..naik ke daerah utara di Kuang, Kundang, Bandar Tasik Puteri, ke Rawang di Country Homes, Puteri Height, Emerald…fuh! Harga sekitar 190k hingga 800k.

Pencarian pada awalnya lebih kepada mencari idea-idea rekaan dalaman untuk rumah Villapark. Memang ada keinginan untuk memilki rumah teres..tapi..maklumlah dah ada 2-3 komitmen, takut-takut permohonan pinjaman tak diluluskan. Seorang pegawai bank telah meyakinkan kami masih boleh membuat permohonan pinjaman perumahan kedua dan dia sendiri memberi jaminan akan meluluskan permohonan tersebut. Sejak itu..pencarian menjadi lebih serius dan diperhebatkan.

Pencarian berakhir di Saujana Rawang..itupun setelah membuat pertimbangan selama lebih sebulan. Alhamdulillah..permohonan pinjaman perumahan pun dah lulus. Masih ada beberapa perkara yang harus di selesaikan. Insyallah, hujung tahun hadapan..atau selewatnya awal tahun 2012, jadilah kami orang Rawang. Doakan kami…

Alhamdulillah..hari yang ditunggu-tunggu telah pun berlalu. Alhamdulillah..selamat kedua-duanya. Muhammad Hanzalah..mengambil berkat nama salah seorang sahabat  Nabi SAW bernama Hanzalah yang syahid di peperangan Uhud. Selamat dilahirkan di wad bersalin 17 Hospital Serdang pada 10 Febuari 2010M bersamaan 25 Safar 1431H, hari Rabu jam 7.10 petang, berat 3.16..lebih berat sedikit daripada abangnya si Muaz.

Besar ertinya pengorbanan seorang isteri dan ibu..masyallah..kesakitan yang ditanggung ketika melahirkan anak..hanya Allah saja yang tahu. Berat mata kita memandang..berat lagi empunya badan yang memikul. Semoga Allah gugurkan segala dosa-dosanya..seperti sucinya seorang anak yang baru dilahirkan. Terima kasih sayang!

Mengikut perkiraan doktor, penghujung. Kalau mengikut kadar pertumbuhan, mungkin pertengahan bulan depan. Ini bukan kerja kita..segala pengetahuan oleh yang Maha Esa. Tak kesah lah bila..asalkan selamat kedua-duanya, sihat, sempurna dan cukup sifat. Lelaki atau perempuan..aku berserah saja. Lelaki..ada la kawan si Muaz. Perempuan..ada la teman si Ibu. Kalau di tilek-tilek..macamnya lelaki. Tak mengapalah..kami berdua pun masih muda, belum masuk umur kategori vateran..boleh ‘cuba’ lagi.

Tak banyak persiapan yang dibuat..sekadar yang patut-patut. Lagipun boleh pinjam barang-barang abang dia. Ada takda pun barang keperluan hari pertama. Teruja juga nak menyambut orang baru ni. Bagaimana agaknya wajah dia. Yang seorang ni dah tahu..dah macam-macam keletah yang membuatkan kita marah, geram, ketawa, geli hati, sayang…hehe..seronok ada anak kecil ni.

Persiapan yang lebih penting adalah untuk Ibu. Waktu-waktu begini emosinya turun-naik. Banyak bersabar. Berikan lebih perhatian. Kadang-kadang terlepas pandang juga..abang minta maaf ye sayang. Insyallah, abang akan sentiasa ada disisi sayang. Terima kasih sebab jadi isteri saya..terima kasih sebab jadi Ibu untuk anak-anak saya. I lap U!

Sabtu dan Ahad lepas aku sekeluarga dan keluarga mertua ke Pangkor menghabiskan cuti hujung minggu. Percutian yang tak dirancang..kata sepakat hanya dicapai pada malam sebelumnya, malah ayah mertua hanya dimaklumkan pada pagi sebelum bertolak! Mujur juga dapat menempah bilik penginapan..kalau tak..alamat tidur dalam kereta la. Kali kedua ke Pangkor..sama saja..tapi kali ni lebih menikmati suasananya. Seronok dapat bawa muaz dan isteri pusing-pusing naik motor sekitar Teluk Nipah dan Pasir Bogak.

Kira-kira hujung minggu ni ingin ke Bukit Fraser. Mungkin balik hari..mungkin juga menginap di sana. Kali ni lebih kepada percutian keluarga..aku, isteri dan muaz. Tapi baru dapat berita..adik ipar masuk wad di hospital Klang..mungkin patut ditangguhkan dulu niat ke Bukit Fraser.

Klik slideshow Pangkor

Selamat Hari Ulang Tahun buat isteri tersayang! Semoga di mudahkan kelahiran anak kita yang kedua nanti..amin!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.